Y O U


2.41 am. Entry dikala pagi menjelma. Angin bertiup sepoi2 bahasa. Indah nyaman ciptaanNYA. Aku bersyukur masih bernyawa hingga detik ini. Sedar tak sedar cinta kita sudah hampir berusia 5 bulan. Tika aku tjatuh, kau bangunkan. aku sakit, kau ubatkan, aku sedih, kau tenangkan. Aku marah,kau penyejuknya. Aku bahagia dan selesa memilik kau. Walau kdg2 terpalit sedikit perselisihan antara kita. Aku okay. Masih bisa mengukir senyuman hingga ke hari ini.

Terima Kasih, untuk segalanya. Aku rasa dihargai bila dgn kau. Hari demi hari aku yakin dan pasti aku bkn lagi aku yang dulu. Seorang lelaki yg selalu kebuntuan dlm memilih arah hidup. Terkapai2 menanti saat tangan di capai. Dan kau sayang … insan yg berjaya tarik aku keluar dari belenggu kebuntuan itu. Mula dari situ, aku sudah mula ada tujuan hidup. Bkn mencari harta semata, tp juga ilmu yg dituntut atas setiap umat. Aku tak mahu menoleh kebelakang lagi. Terlalu gelap . aku takut. Takut terhanyut semula dek keindahan dunia.

Benar kata orang. Cinta sejati itu indah. Cinta sejati itu bisa mengubah kita. Cinta sejati itu buat kita jadi sangat hebat. Benar semua itu. Aku alaminya sendiri. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan. Penat lelah aku pasti hilang bila mengenangkan kau. Aku senyum, aku ukir perlahan2 memori kita dan aku simpan erat2. Supaya boleh menjadi penguat bila aku mula ‘tersesat’ . sayang, genggam erat tangan ini, tangan yg akn mengorak hidup baru kita. Tangan yg akn selalu mengusap kau. Tangan yg akn kau cium kelak. Selagi tangan ini digenggam erat, selagi itu kita akan bersama. Jgn lepaskan. Jgn cipta jurang yg kita sendiri tak mahu. Insyaallah,aku pasti akn menjadi imam kau suatu hari nanti .

Tiada kata lagi. Aku tamatkan dulu penulisan kali ini. Aku harap kau baik2 saja disana. Belajar rajin2. Aku sentiasa dgn kau. Tiada di mata tp kan selalu kekal di hati. Jgn selalu fikir bkn2. Tapi selalu lah berdoa dan berzikir. Jgn tinggal solat. Okay? Aku sayang kau sgt. Sbb tu aku selalu marah2. Marah sbb aku syg. Kalau aku tak sayang, aku biarkan apa saja yg kau mahu buat. Fahami diri aku, dan pasti kau akan mengerti segalanya. Terima kasih Cinta. Assalammualaikum …..

NURULAIMINURULAIMINURULAIMINURULAIMINURULAIMINURULAIMINURULAIMI