DIA, PUASA DAN KERJAYA.

Assalammualaikum. Hai . Hello . Dah lama tak update kat sini! Rindu pulak rasanya. kihkihkih. Sebelum aku teruskan penulisan kali ni, aku kenal kan diri aku balik. *mane tahu kot2 ade yg lupa. hehe.
Okay. Name aku dalam ic adalah Syahril Adzha Bin Rosman. Anak kedua dalam family. keras kepala,degil,punya perasaan ingin tahu yg mendalam,tak macho,tak berduit,ade 3 adik, sumenye comel2 dan suka buat aku bahagia. idola aku adalah ayah aku. suka makan kari. tinggi tp kurus. dan paling penting aku telah dichop,diambil,ditaken,dicuri oleh Cik Nurul Aimi Binti Mohd Yunus yg comel lagi manja. ouchh! Iloveyou. Hehe. Okay. cukup sudah sesi pengenalan. jom kita pergi ke perenggan ke 2. ngeh3x.

 Sedar tak sedar aku dgn Mrs Sayang aku dah masuk tahun kedua. Sekejap je rasanye. Td aku ade la baca post2 lame aku. Ade yg aku update pasal bru 3 bln , 4 bln dan stop di situ. Kali ni entry baru, dah tahun kedua. Cepat kan??! i like!! Hehehe. Alhamdulillah la. ini semua berkat doa kawan2, parents kami jugak. *sayangnye aku kat dia. :) hehe. Nak di jadikan cerita, aku behenti keje lagi tahun ni. same jugak mcm post lame aku. asyik behenti keje je aku ni. so pathetic kan?! nak buat acane, dah takde jodoh nak kerja dgn org. asyik bergaduh je. so, thats why la pada bulan ramadhan yg mulia ni, aku amek keputusan untuk teruskan kehidupan sebagai seorang peniaga. kan berniaga tu salah satu sunah nabi? sbb tu lah aku bersemangat utk berniaga.  jadi aku tekadkan hati untuk jadi usahawan muda yg berjaya. Insyaallah.

 So, abg aku give a plan. jual ayam crispy. dengan akal yg pendek plus hormatkan seorg abg, aku setuju dgn cadangan dia tu. dia kuarkan modal * syg jugak die kt aku rupanya. dulu asyik bertumbuk je. hehe. mcm2 brg die beli utk aku, aku jadi makin bersemangat la. n nak dijadikan cerita yg tak best, harga ayam dah naik sbb bulan puasa. abg aku ckp terpaksa cancel plan utk jual ayam crispy. die ckp beli ayam mahal, nanti nak untung mcmne. aku frust weyy! aku dah separuh jalan tu! tiap2 malam aku google cari buat ayam crispy! tp mcmne aku frust pn, aku kene redha jugak. *maka ngadu la aku dkt Mrs Sayang aku. nasib baik die ade. jumpa die, nak tak nak haritu die comel lain mcm. mata dia tu! perghh! frust semua kelaut! yg ada dlm otak, aku nak kahwin, aku nak kahwin! haha!

 Aku rasa sbb tu aku masih lagi dgn Mrs Sayang aku. Mata dia mmg menawan. satu lagi kalau dia buat senyuman ala kpop tu. mmg aku ngaku aku melting gila time tu. tp aku ttp buat cool. nanti die drop aku. malu weyy! bhaha! * amy! aku sayang hang weyy! aku gilakan hang wey! tlg weyy! aku nak kahwin!! haha. satu lagi pasal Mrs Sayang aku ni, kalau dia start pujuk, jahanam kejantanan aku. die buat sore cute die, gelak hahaha die yg manje tu, mmg tak dapat dinafikan lagi, aku akn senyum sorg2. *pandai hg jage aku kan :'). sbb tu kami masih lagi bersama. aku jaga dia, dia jaga aku. sedar tak sedar, prinsip itu yg kami selalu lakukan. Thanks sayang. * rasa mcm nak patah pinggang kalau menaip sambil meniarap ni. adehh! dah tua gamaknye ...

 Okay, sambungan dari rentetan kisah perniagaan aku tu. Bincang punya bincang, aku punya idea jugak boleh pakai. jual kebab cucuk. *itupun aku nampak org jual time aku g bazaar kt kk 1st pose haritu dgn Mrs Sayang. jadi ayah aku bg lg plan suh pelbagai kan kebab tu. maka keluar lah idea bernas lagi pantas dari kami anak beranak, kebab normal, kebab dlm dj bread(roti pita) n idea aku, kebab cucuk spicy+black pepper. jadi kami semua pn dapatlah kata sepakat nak teruskan dgn perniagaan kebab kebaban. haha. Alhamdulillah tercapai jugak impian aku nak ada perniagaan sendiri. Thanks kpd awok yg selalu tolak sy kehadapan, Mrs Sayang Cik Nurul Aimi Binti Mohd Yunus. Family aku yg tak henti2 bg nasihat, kwn2, ehh jap.. kwn2?? ado ke?? haha. abaikan. terima kasih semua! 

 Dan sedia maklum, aku berniaga ni sbb nak simpan duit kahwin. Perjanjian hanya tinggal beberapa tahun lagi. saksikan lagi episod2 menarik kisah Syahril dlm mengejar masa depan dia bersama org tercinta. hehe. Doakan aku berjaya kalian. aku mahu dia jadi yg sah untuk aku. Percayalah. setiap apa yg aku tulis harini, ikhlas dr dalam hati aku. aku nak kahwinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sekian. jumpa lagi di episod akan datang. dan aku tinggal kan kome semua dgn gambar terbaru Ai_ryl :) Assalammualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa. :)

*pelik muka we olls dalam ni -,-

*hat ini la ceq duk tatap hari2, tgk mata menawan dia tu. :)